Wednesday, August 12, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN

Program Penempatan Pekerjaan ( Train & Place Program) telah dilancarkan oleh Menteri Sumber Manusia khusus kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan, graduan yang masih menganggur dan golongan yang belum mendapat pekerjaan. Program ini menjadi platform kepada golongan muda khususnya yang mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan dan pengalaman mereka.

Sasaran program ini adalah untuk siswazah, belia, pekerja yang diberhentikan, mereka yang mencari pekerjaan lain dan terbuka kepada semua pencari kerja. Malah dengan sambutan yang diterima, kerajaan lebih komited mengadakan lagi program seumpama ini kerana ia banyak membantu golongan berkenaan mencari pekerjaan nanti.
Melalui program ini, calon atau peserta boleh memilih kepelbagaian kursus yang ditawarkan mengikut minat masing-masing seperti perakaunan, perniagaan & keusahawanan, hospitaliti, makanan dan minuman, grafik, peragaan, technical & engineering dan sebagainya.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, program baru ini memberi peluang keemasan untuk memasuki pasaran kerja. Program ini mengadakan kursus selama 3 bulan dan diberi elaun bulanan sebanyak RM 500. Peserta juga turut dijanjikan peluang pekerjaan selepas mengikuti kursus ini.



KELEBIHAN

  • memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengalaman disamping mencari kerja.
  • mengurangkan masalah pengangguran.
  • tidak membuang masa kerana disamping menambah ilmu pengetahuan kita juga mendapat elaun yang sedikit sebanyak membantu pendapatan.
  • dijanjikan peluang pekerjaan selepas kursus
  • pembelajaran yang sistematik dan tidak membebankan
  • melahirkan tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan kompetitif.

KELEMAHAN

  • masa kursus yang panjang
  • elaun yang tidak mencukupi

No comments:

Post a Comment