Thursday, August 13, 2009

PPSMI - SETUJU @ TIDAK??

Mestilah setuju....
Kenapa?

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Bagi saya PPSMI sangat penting dan tidak patut dimansuhkan kerana ia untuk masa depan anak-anak muda juga.. memang kita tidak nampak pada masa sekarang tapi pada masa hadapan pelajar-pelajar sekurang-kurangnya telah bersedia, tambahan pula sekarang ini di pengajian tinggi hampir semuanya dalam bahasa inggeris apatah lagi untuk aliran Sains. tambahan pula kalau kita mahir berbahasa inggeris dari sekolah lagi kita lebih mudah untuk mencari pekerjaan memandangkan sektor pekerjaan lebih mementingkan bahasa inggeris. boleh dikatakan hampir semua dalam malaysia memerlukan kita bercakap dalam bahasa inggeris. jadi tidak salah kalau kita memperkenalkan PPSMI kepada murid2 sedikit sebanyak membantu mereka berani dan lebih terbuka dengan bahasa inggeris. PPSMI juga penting untuk anak2 di kawasan pedalaman atau kampung2 kerana mereka perlu didedahkan dengan bahasa inggeris walaupun sukar untuk dikuasai kerana bila mereka berpeluang berhijrah ke bandar mereka tidak kekok dan mundur. Program ini adalah satu peluang untuk anak2 muda kita meningkatkan diri mereka dengan bahasa lain. Mengapa kita perlu menentang sesuatu yang boleh memajukan bangsa kita sendiri? Alasan yang diberi cukup mudah iaitu guru-guru kurang cekap mengajar dalam BI dan indeks penguasaan Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar yang menjunam. adakah dengan alasan itu saja kita patut memansuhkan PPSMI? adakah kita memandang dari dudut yang berbeza atau lebih jauh? Habis,kita nak tunggu semua guru di Malaysia speaking macam air baru kita ajar dalam BI? Dah implementasikan patut diteruskan saja dan apa salahnya generasi akan datang belajar lebih banyak bahasa. Memang pada mulanya kita akan berasa susah, itu semua atas diri kita. kalau kita berusaha semuanya akan jadi senang. jangan asyik komplen saja..

Selepas PPSMI, kerajaan merancang pula untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib untuk lulus SPM.Bagi saya,PPSMI sekurang-kurangnya masih ada dwibahasa, tapi kalau gagal Bi akan gagal SPM dan tiada sijil. dah tiada sijil macam mana hendak ada kerja? lagi banyak la kes-kes jenayah meningkat di kalangan remaja yang gagal tadi. Berbeza dengan PPSMI,kalau gagal sains,paling tidak boleh juga sijil untuk mohon kerja.Orang pun tak kata kita bodoh sangat. Bagi saya abaikan saja cadangan-cadangan supaya PPSMI dimansuhkan kerana apa sahaja yang dicadangkan oleh kerajaan pada masa hadapan pun turut akan dibangkang. Sebaliknya kalau diteruskan juga mungkin pada masa hadapan orang ramai akan lebih terbuka mindanya dan akan berterima kasih kerana mewujudkan PPSMI.

Kebanyakkan orang yang membantah PPSMI adalah yang berkaitan dengan politik. Jangan babitkan hal-hal untuk masa hadapan negara dengan politik. yang akan terkena bahangnya nanti adalah anak-anak kita sendiri. akhirnya anak-anak malaysia kita akan dikatakan ketinggalan arus globalisasi.. Namun,jika orang Melayu tidak ada yang belajar bahasa Inggeris, tidak menghargai ilmu dan tidak mahu menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, bagaimana bangsa Melayu boleh berjaya. sekarang bukan masa nak membantah, sebaliknya semua pihak perlu mencari idea untuk membuat penambahbaikan.
mmg la agak sukar nak di laksanakan. bukan pelajar je yg susah.cikgu pun jugak, jadi ada peluang untuk improve english., mungkin result x nampk sekrg..untuk masa hadapan nanti,mesti kita akan sgt bersyukur atas pelaksanaan program ini.


HAKIKATNYA.......

Ada peningkatan dalam PPSMI

Hasil dari penambah baikkan setiap tahun sejak tahun 2003, maka terdapat sejumlah peningkatan dari segi tahap kesediaan guru dan murid. Segala peningkatan ataupun penurunan ini dicatat dengan jelas melalui sejumlah kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malasyia (KPM) sejak tahun 2005 lagi. Seperti yang diakui oleh Muhyiddin ada peningkatan dalam dua sehingga tiga peratus. Kenyataan ini juga konsisten dengan hujah-hujahnya sebelum ini. Misalnya, dari catatan didapati dapatan Ujian Penilaian Tahap Profesiensi (PTP) ke atas guru Bahasa Inggeris (salah satu daripada 16 kajian yang dibentangkan dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI Pertama) yang dibentangkan menunjukkan bahawa peratus guru yang berada di tahap profisien pada tahun 2007 adalah sebanyak 32 % manakala yang berada di bawah tahap profisien adalah sebanyak 68 %, tetapi pada tahun 2008 peratus yang berada di tahap profisien ini sudah meningkat ke tahap 64 % dan yang berada di bawah tahap profisien pula menurun kepada 36 %; bermaksud ada peningkatan yang signifikan sebanyak 32 %.Manakala catatan saya mengenai keputusan Ujian Diagnostik pada tahun 2006 dan 2007 misalnya, menunjukkan peratus pelajar yang memerlukan pemulihan dalam pelbagai konstruk telah menurun. Sebagai contoh, bagi konstruk Memahami Soalan dalam Bahasa Ingeris bagi subjek sains, peratus pelajar yang menghadapi masalah menurun sebanyak 13.2 %. Manakala bagi konstruk Menguasai Konstruk Pengetahuan bagi subjek matematik, peratus pelajar yang menghadapi masalah juga telah menurun sebanyak 20.2 %.

(Nota: jika dibaca sebagai peningkatan pencapaian, adalah peningkatan pencapaian sebanyak 13.2 % dan 20.2 %).

No comments:

Post a Comment