Sunday, August 23, 2009

Gejala sosial
Pada masa kini gejala sosial di kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan dari tahun ke tahun.. kita boleh lihat dalam sratkhbar dan tv banyak kes-kes berkaitan remaja tidak kira laki atau perempuan. adakah ini semua salah didikan ibu bapa, guru atau remaja itu sendiri? Mari kita lihat..

Punca-punca gejala sosial
  • Kurang didikan agama
  • Kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga
  • Terpengaruh dengan rakan sebaya
  • Penceraian ibu bapa
  • Hiburan-hiburan yang berleluasa
  • Didikan yang salah oleh ibu bapa
  • Gaya hidup yang terlalu bebas
  • Pengaruh media massa
  • Kemajuan teknologi yang semakin meningkat

Remaja sekarang hidup dalam dunia yang semakin moden dan jauh dari budaya-budaya melayu yang sebenar. banyak keluarga yang yang mengamalkan cara hidup seperti budaya barat. Terutamanya yang tinggal di bandar. ini menyebabkan anak-anak kurang pengetahuan dalam agama dan apabila remaja itu membuat sesuatu yang terlarang dia tidak akan memikirkan kesalahan itu dari segi agama dan tidak rasa takut akan dosa apabila melakukannya.

Bagi ibu bapa dari golongan berada, mereka sekarang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tiada masa dengan anak-anak mereka. semuanya persiapan anak-anak diserahkan kepada orang gaji. jika dari kecil anak-anak sudah dilayan sebegitu ini akan membuatkan anak itu mudah terjebak dengan masalah sosial jika dia berkawan dengan kawan-kawan yang mempunyai masalah begitu. Ini kerap terjadi di kalangan anak-anak orang berada. mereka akan berasa bosan dan mula mencari keseronokan sendiri bersama kawan-kawan seperti di kelab-kelab malam. ibu bapa hanya tahu mencari wang untuk anak-anak tanpa mengambil tahu hal anak-anak. tiada langsung waktu yang diluangkan untuk mereka samada waktu cuti sekolah atau hujung minggu.

bagi golongan sederhana pula, kebanyakkan masalah sosial dikalangan anak mereka berpunca dari segi kewangan. jika kita lihat remaja2 datang dari kampung ke bandar untuk mencari kerja tidak ramai yang mendapat pekerjaan yang elok.. kebanyakkannya bekerja di kelab-kelab malam dan ada juga yang menjadi pelacur. alasan yang diberikan mereka memerlukan wang untuk membantu keluarga. bagi penuntut universiti atau kolej mereka turut mencari kerja sambilan untuk menambah perbelanjaan harian. lama kelamaan mereka menjadi seronok apabila memegang duit yang banyak dan menjadi tabiat mereka. begitu juga dengan kes-kes ragut yang semakin meningkat dan kebanyakkannya dari golongan remaja.

salah satu faktor yang menjadi masalah sosial dikalangan remaja paling kuat ialah terpengaruh dengan rakan sebaya.. hampir keseluruhannya berpunca dari rakan-rakan. Selalunya anak-anak yang agresif, bersifat ingin mencuba dan ingin menunjuk lagak masing-masing. semuanya bermula di sekolah. Pergaduhan, ponteng kelas atau sekolah, hisap rokok, ubat batuk, hisap gam, cd lucah, semuanya secara berkumpulan. jarang kita lihat dilakukan berseorangan.. pada waktu meningkat remaja, mereka ingin mencuba sesuatu yang baru dan ingin menunjuk hebat dikalangan mereka.

Penceraian ibu bapa juga merupakan faktor yang selalu kita dengar. dari kecil anak mereka melihat ibu bapa selalu bergaduh dan apabila besar mereka menjadi seorang yang sangat agresif dan berdendam. Sesetengah anak-anak yang selalu melihat ibunya dipukul oleh ayahnya dari kecil juga akan memberi kesan kepadanya. jika perempuan, mereka akan membenci dan berdendam dengan lelaki dan bila remaja besar kemungkinan akan menjadi pengkid atau lesbian.

hiburan2 yang semakin banyak berleluasa juga menjadi faktor masalah sosial, seperti konsert2, kelab2 hiburan dan pelbagai lagi. di sana mereka akan belajar minum arak, ganja, dadah, pil2 khayal dan maksiat.

gaya hidup yang terlalu bebas di kalangan remaja juga mengundang masalah sosial. ibu bapa tidak menghalang atau mengenakan peraturan di dalam rumah seperti keluar dan pulang ke rumah pada waktu-waktu tertentu. ibu bapa juga tidak memantau pergerakan anak2 dan mudah percaya menyebabkan mereka mudah untuk menipu apabila ingin keluar kemana2.

No comments:

Post a Comment