Tuesday, August 11, 2009

1 Malaysia

1malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai - nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat malaysia. Ia juga merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada bagi mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara malaysia.

Konsep 1malaysia juga perlu dilihat daripada sudut kepentingan strategik terutamanya di dalam memperluaskan hubungan Malaysia dengan pusat-pusat ekonomi dunia seperti China dan India. Konsep 1Malaysia boleh dikupas daripada pelbagai dimensi, sama ada yang bermaksud perpaduan nasional dan kepentingan strategik negara. Menerusi konsep 1Malaysia, negara-negara luar boleh melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang majmuk.

1Malaysia menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

1 comment:

  1. Thanks for post. It’s really imformative stuff.
    I really like to read.Hope to learn a lot and have a nice
    experience here! my best regards guys!

    ----------------------
    Rockstarbabu
    ----------------------
    seo jaipur--seo jaipur

    ReplyDelete